Solusi dari alam?
Mungkin pernyataan ini kedengaran pelik.
Kalau tak ada duit, bekerjalah.
Kalau sakit, jumpalah doktor.
Mengapa pula mahu mencari “solusi dari alam”?
Benar — pendekatan sebegini memang logik. Islam tidak pernah menyuruh kita meninggalkan asbab. Kita tetap perlu berusaha, mencari ilmu dan mengambil langkah yang wajar.
Cumanya… izinkan ana sambungkan.
Kadang-kadang masalah kita bukan kerana tiada jalan, tetapi kerana kita buntu memilih arah.
Kita sudah bekerja, tetapi rezeki terasa sempit.
Kita sudah berjumpa doktor, tetapi hati masih resah.
Kita sudah melakukan yang sepatutnya, tetapi jiwa tetap berat.
Di sinilah Bahasa Alam memainkan peranannya.
Bukan untuk menggantikan usaha.
Bukan untuk menafikan ikhtiar.
Tetapi untuk membantu kita mendapatkan petunjuk halus — tentang arah, masa dan langkah seterusnya.
Alam bukan penyelesai.
Alam hanyalah medium.
Solusi hakiki tetap daripada Allah.
Cuma Allah izinkan alam menjadi jalan agar hati belajar mendengar.
Tentang asas berbahasa dengan alam — ia juga sedang menunggu untuk ditemui dalam buku Cerita Alam, Cerita Cinta — bagi hati yang mahu mengerti.
🌈 MamaTok — Flow with Allah’s GO — Let alam membuka pintu hati.