Siri Bahasa Alam (BA) — Medium Berbicara dengan Alam: Mendengar dan Memerhati dengan Hati

Sebenarnya, untuk berkomunikasi dengan alam bukanlah dengan lisan kita.

Agaknya kalau kita terlihat seseorang bercakap sendirian, pasti terlintas di fikiran, “Dengan siapa dia sedang bercakap ya?” Itu bahasa yang lembut.

Yang lebih kerap kita dengar pula, “Eh, dia ni tak siuman ke?” (pun kononnya bahasa lembut…).

Namun berbahasa dengan alam bukanlah bercakap kuat-kuat dengan pokok atau angin.

Masalahnya bukan pada lisan.

Masalahnya pada hati.

Andainya hati kita sedang “bising”, besar kemungkinan kita tidak akan berjaya untuk berkomunikasi dengan alam.

Apa maksud hati yang “bising”?

Iaitu hati yang tertekan dengan pelbagai masalah.

Hati yang terlalu sarat dengan logik semata-mata.

Hati yang merasa sudah cukup ilmu, lalu sukar menerima isyarat halus yang hadir di hadapan mata.

Jika hati tidak diuruskan terlebih dahulu, khuatir kita akan cepat lelah — malah mudah berputus asa untuk memahami BA.

Jadi bagaimana mahu membuang “bising” di hati?

LOV — Law of Vacuum.

Inilah adabnya. Kita perlukan hati yang lapang dan tenang. Apabila ruang itu dikosongkan, barulah hati bersedia untuk memerhati dan mendengar.

Analogi mudahnya — jika almari pakaian kita sudah penuh sesak, adakah kita boleh menambah baju baharu? Tentunya sukar, melainkan kita keluarkan yang lama atau tambah almari baru.

Tetapi hati kita?

Adakah perlu ditambah — atau sebenarnya perlu dikosongkan?

Tentang asas berbahasa dengan alam — ia juga sedang menunggu untuk ditemui dalam buku Cerita Alam, Cerita Cinta — bagi hati yang mahu mengerti.

🌈 MamaTok — Flow with Allah’s GO — Let alam membuka pintu hati.

Scroll to Top